Khamis, 12 Februari 2009

Jejaka Idaman







Budak Gerai Makan

Tarikh: 09.02.09
Time: Petang
Venue: Seksyen 17, Shah Alam (Gerai Makan No. 13 bersebelahan Hentian Bas Seksyen 17, Shah Alam)

Dah banyak kali aku ke Seksyen 17 ni melawat kawan, tapi ni la kali pertama aku makan kat gerai ni. Tu pun, temankan kawan aku makan. Sebenarnya aku dah perasan budak ni masa dia tgh makan and aku lalu depan dia. Tapi beberapa lama lepas tu, aku nampak budak ni dok tgh susun kerusi n meja and bukak payung besar untuk bukak gerai makan dia tu la. Aku suspek dia ni cuma pekerja aje. Mula2 aku tak de la tertarik sgt, tapi lama2 bila aku dok perati dier tgh rajin menyusun kerusi meja, aku jadi makin tertarik. Dari segi saiz badan kecik jer, umur mungkin awal 20an, Aku ade perasan janggut dier yg ala2 baru nak tumbuh. Rambut lurus. Yang aku dok syok tu ialah, pada aku, mata dier yg cam stim jer. Entah la, makin lama aku tgk makin tergoda iman aku. Even sampai gaya dier berjalan, bercakap dan amik order customer pon buat aku tertarik. Kalau sesapa yg ke sini, cari la budak ni yg ada pakai cincin berbatu besar berwarna biru. Dari pengamatan aku, aku rasakan yang dia ni mungkin adalah budak Kelantan. Well, majoriti budak2 yg keje kat gerai makan mmg budak Kelantan pon kan. And aku pulak mmg ader soft spot kat mamat2 kelantan. Alahai. Nanti nak ke Seksyen 17, Shah Alam, harus aku makan kat sini lagi. Yum yum.

Sumpah.. aku memang tergoda!!

Rabu, 4 Februari 2009

Sumpahan Celebriti: Beego

Entah kenapa aku suka dekat Beego ni walaupon aku tau ade lagi celebriti kat Malaysia ni yg lebih hensem dpd die. Aku rasa mungkin sebabkan watak dier yg sweet and innocent kat lam citer Puteri tu buatkan aku tertarik. Sejak kebelakangan ni pon aku nampak dier makin menarik, dengan imej yang rambut panjang lepas telinga, kurang chubby macam dulu serta kurang tembam dpd dulu. And bila dier pakai cermin mata hitam (gambar yg ada kuar kat paper masa dier ke court pasal kes penceraian dier tu) betol2 merobek iman aku yg sudah sememangnya nipis ni. Alahai Beego. Hensemnya la ngko. Berbahagianya la aku sekiranya dapat memilikimu. Mahupun meniduri mu (dalam konteks 'tidur di sebelahmu, bukan buat apa pon.. hee hee), walau seketika cuma. Dan bertuah nya ngko Beego sebab jadi celebriti pertama yang mendapat pengesahan blog aku ni sebagai selebriti yang 'cantik'.

Sumpah, Beego.... hensemnyer la ngko ni!..... di mata aku.

Isnin, 2 Februari 2009

Budak 7eleven

Tarikh: 01.02.09
Waktu: Malam
Tempat: 7eleven, Bdr Tun Razak

Sekali tengok budak yang keje as cashier 7eleven ni, memang hati aku berdebar. Aduh mak, hensemnya la dia. Kulitnya hitam manis, bermisai nipis, rendah2 jer orgnyer, nampak sopan dan sweet (satu kriteria yang penting pada aku). Mungkin dier mengingatkan aku pada seseorang, siapa aku tak pasti. Yang pasti, dia tercatat sebagai lelaki pertama dalam blog aku ni. Satu penghormatan untuk dia, yang aku terlupa nak tengok kat name tag dia sapa nama. Nanti akan aku usahakan. Hee hee. Kalau dah sampai dua-tiga kali aku lalu kat depan 7e tu semata-mata sebab tak puas tgk budak hensem sorang ni, memang sah la budak ni 'cantik' di mata aku.

Sumpah, budak ni memang hensem!! (pada aku)


Update: 05.02.09
Mmg confirm budak ni sungguh hensem pada aku. Tadi sekali lagi aku pegi semata2 ingat nk tgk nama dier ape. Aku duk tgk jer dier masa tgh bayar and dier dok kira duit (of coz la dier tak nampak aku tgk dia). Dalam hati aku dok kata 'hensemnyer budak ni, hensemnya budak ni'. aduss.. kenapa la aku tidak dikurniakan keberanian untuk tegur budak ni (or mereka2 yg lain yg sememangnya hensem di mata aku). Ajak borak2 ke. Dia pon cam malu2 kucing je. Lagi org tu malu2 lagi la aku suka kat org camni. Aku ader dgr sora dier tadi, dier gurau2 ngan rakan sekerja dier, budak pompuan. Dpd ape yg aku dgr, mmg sah budak ni sopan orgnya. Tambah suka lagi la aku. 'Crush' kah ini? Sumpah, I'm in love........

Ahad, 1 Februari 2009

Aku Yang DiSumpah

Entah apa yg buat aku terpanggil untuk menulis blog yang sebegini. Pada yang tertanya2, blog aku ni sekadar mencatatkan penemuan2 'sumpahan' aku. Yup, rasanya memang aku telah disumpah untuk menghargai kecantikan makhluk ciptaan tuhan yang dinamakan lelaki. Sedangkan aku juga lelaki. Sekiranya itu berdosa, maka berdosa la aku.

Bermula tahun 2009, aku berazam untuk mencatatkan semua penemuan2 aku tak kira dimana, bila dan bagaimana akan setiap lelaki yang cantik 'di mata' aku, sekadar untuk hiburan, kenangan, ingatan dan simpanan aku (juga untuk dikongsi bersama, sekiranya sudi.. hee hee).

Terimalah...... Aku Yang DiSumpah!