Sabtu, 26 Disember 2009

Mamat Artis Istana Budaya


Aku sebenarnya dah agak lama perasan akan mamat ni dalam show-show kat Istana Budaya.. terbaru dalam teater Natrah.. and sebelum tu dalam konsert Jamal.. dan kalau betul la kiraan aku, nama mamat ni ialah Jasminshah Abu Bakar.. Gambar (walau agak kabur) adalah seperti dibawah..

Pada aku, mamat ni adalah antara segelintir artis tari aka penari dalam negara ini yg tidak nampak akan 'kelembutan'nya bila menari.. malah pada hemat aku, ke'jantan'annya amat terserlah bila menari.. aku rasa he just enjoy what he does.. menari dengan selamba dan bersahaja dengan tidak terlalu macam dibuat-buat atau menunjuk-nunjuk.. atau cuba untuk mengatasi penari lain.. setiap kali dia muncul atas pentas, mata aku memang tak lepas dok tgk dia jer.. tak puas.. hee hee..


Teringin aku nak berkenalan dengan dia.. mengenali dier dengan lebih rapat.. melihat senyuman manisnya dengan lebih dekat.. itupun kalau dia sudi.. Dan sekiranya dia membaca tulisan aku ni, dan sanggup menghubungi aku, aku nak belanja dia ni makan candle light dinner together-gether.. hee hee.. aduhai.. berangan je lar aku..


Sumpah Jasminshah (errr shah?.. cam nama ex aku jer.. ha haa).. kalau aku dapat kenal dan berkawan dengan kau.. or sekurang-kurangnya berjumpa dengan ngkau.. tertunailah salah satu hajat besar aku di dunia ini..

Ahad, 13 Disember 2009

Mamat Kedai Jam

Tempat: Kedai G-Factory Casio, 1st Floor, Sunway Pyramid
Tarikh: 5 Dis 2009

Mulanya aku cuma duduk kat depan kedai dier sementara nunggu member aku gi toilet.. sekali tgk aku dah perasan mamat ni cam hensem and 'cool' jer.. bila dier terperasan aku tgk dier, aku senyum and dia pon balas senyum aku.. aku perasan dier dok layan sorang customer ni yg berkerusi roda.. aku dapat rasakan ketekunan, keikhlasan dan kesopanan mamat ni duk layan customer yg sorang ni though customer tu nampak cam cerewet jer.. satu qualiti lelaki yang sememang aku cari.. 'cool', 'berbudi bahasa' dan nampak cam 'pemalu'.. pemalu sama pemalu, memang tak ke mana.. haa haa

aku ader jugak la snap curi gambar dier pakai hp, dari jauh jer.. tapi belum berkesempatan nak donlod ke laptop.. next time kalu ader rezki.. heheh.. aku rasa mamat ni sungguh smart dan hensem untuk just jadi sales assistant kat kedai jam.. sayang..

Sumpah.. you can be my 'watch' anytime... and I will watch you all the time..