Rabu, 22 Ogos 2012

Budak Kedai Buku

Tempat: MPH, Giant Seremban

Memang dah lama giler aku tak update blog ni. Walaupun memang ada penemuan2 sepanjang aku tak update blog ni tapi mungkin tidak cukup berbekas untuk membuatkan aku mengabadikan dalam blog ni. Kecuali yang satu ni!

Masa terjadinya kejadian adalah dalam bulan Ramadhan baru-baru ni. Of course la lepas berbuka coz kalau sebelum berbuka aku pon tak de daya nak 'menghayati'.. yeah right!.. haa haa..

Anyway, mula-mula aku masuk kedai buku ni aku dah perasan dah budak ni.. Sememangnya comei.. and muka macam budak2 baik je.. ade sedikit muka takut2.. bila dia tengok aku pon macam malu2 and takut2.. Or mungkin sebab dia perasan aku dok perati je kat die.. huhu..

So, untuk lebih mendekati, aku saje je la tanya dia ada satu buku ni, Hikayat Merong Mahawangsa, ada tak dalam versi BM. Dia nak jawab pun cam takut2. Aku sendiri lak yg kena jawab bagi pihak dia. "Owh, tak de ye:.. adeehhh..

Lama jugak la aku kat lam kedai tu sebab aku berusaha jugak nak dapatkan nama budak ni.. tengok nametag dia, alamak terbalik pulak.. last last, terpaksa la aku meninggalkan kedai tu dengan hampa.. daripada luar kedai pun aku asyik dok perati dia.. and ada sekali tu, aku rasa dia pun perasan.. haa haa..

Tapi mungkin nasib menyebelahi aku malam tu.. sempena berkat bulan ramadhan kot.. hee hee.. alih2 mak aku pulak masuk kedai tu sama dengan adik aku.. aku pun masuk la balik kedai tu untuk kali kedua.. kalau tak obvious jugak tak tau la kan.. haa haa.. mak aku nak beli buku agama, tapi buku tu berbalut.. masa tu kat cashier la.. so aku kata kat cashier tu, boleh tak nak bukak tgk.. terus minah cashier tu panggil "Asyraff....'". heh he.. maka tau la aku nama budak tu...

Lama jugak la asyraff ni dok melayan aku, mak aku dgn adik aku... aku pon saja je la kan.. tapi hujung-hujung adik aku cakap.. "ala blurnyer la budak ni.. tapi sib baik hensem!".. hah.. memang pon..

Sumpah Asyraff, kalau aku dapat kenal ko, akan aku mendalami ko macam aku membaca buku.. from cover to cover.. setiap halaman diselak..  setiap celahan disemak.. baru la puasss... hee hee..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan